Jom Ikut Saya Pergi JomSeminar!
Salam semua,
Siapa nak buat duit internet 5 angka sebulan secara autopilot? Kalau nak, jom ikut saya join JomSeminar!
Itulah yang dijanjikan oleh 5 IM Malaysia yang tersohor iaitu Alang, Gobala, Fuad Latif, Syed Ikhwan & Yusry. Daripada 5 IM tersebut, Yusry adalah amat asing bagi saya. Ya lah, Syed Ikhwan memang tersohor dengan adsense & ebooknya, Alang dengan direktorinya, Gobala dengan ebook Chapter-M nya (ni lah ebook pertama yang berjaya saya jual di internet… hoho…) & Fuad Latif dengan SEO & buku “15 Teknik Efektif Internet Marketing”nya.
Tapi siapakah Yusry ni? Mungkinkah dia ni Yusry KRU? Sampai ke hari ini, saya tak tahu satu pun website kepunyaan beliau. Memanglah maklumat itu boleh dicari menggunakan Google atau Yahoo (rasa-rasanya) tapi pengetahuan saya tentang Yusry ini adalah ZERO! Oh… kat mana Syed Ikhwan jumpa si Yusry ni ya?
Tapi tahukah anda bahawa sebab sebenar terbukanya hati saya untuk join JomSeminar! ini ialah kerana siri video DP (Duit Percuma) yang dibuat oleh Yusry. Oh… saya amat suka dengan siri video DP nya tu…. memang sangat mudah tetapi praktikal! Oleh kerana itu, kalau ada kesempatan, saya akan peluk cium si Yusry ni bila jumpa di JomSeminar! nanti…. hehe….
Jadi, apa tunggu lagi… JomSeminar!
Popularity: 22% [?]




