Senarai 50 IM Muda (Bawah 30)

Top 50 IM

Salam semua,

Saya sungguh teruja apabila melihat senarai 50 IM (Internet Marketer) muda (yang berumur bawah 30 tahun) di blog ini. Yang paling muda dalam senarai tersebut ialah 17 tahun! Oh… saya yang dah berumur 30+ ni sungguh ‘jealous’ sekali apabila melihat senarai tersebut. Namun saya ambil dari sudut positif dan menggunakannya sebagai pembakar semangat untuk meneruskan usaha saya dengan tekun lagi. Doa-doakanlah supaya saya pun berjaya juga ya ;) .

Untuk senarai lengkap 50 IM muda tersebut, sila lawati blog tersebut dengan KLIK DI SINI.

p/s: terima kasih kepada bro Mazlie Nadzri yang beritahu berkenaan blog tersebut di forum Wangcyber.

F2R

Tag:

Popularity: 7% [?]

Rahsia Buat Duit Internet Alang!

Alang

Salam semua,

Anda kenal saudara Samsul Zamzuri aka Alang? Kalau dah kenal, baguslah…. tapi kalau belum kenal, tak mengapa… cubalah baca kisah beliau yang telah menjana pendapatan 5 angka sebulan melalui internet DI SINI.

Di sini saya ingin kongsi satu berita baik. Berita baiknya ialah beliau telahpun membongkar salah satu rahsia cara beliau menjana pendapatan tersebut di dalam satu report khas. Saya telah pun mendapatkan report tersebut & berasa amat bertuah sekali kerana telah mengetahuinya. Jika sekiranya anda berminat, sila dapatkan DI SINI atau DI SINI tapi ia bukan percuma ya… ;)

Jom sama-sama kita belajar cara buat duit internet! :)

F2R-2

Tag:, , , ,

Popularity: 7% [?]

Free Gift Dari Irfan Khairi, Jutawan Internet Malaysia!

Free Gift Irfan Khairi

Salam semua,

Suka sekali untuk saya kongsikan di sini satu free gift dari Jutawan Internet Malaysia, Irfan Khairi. Ianya merupakan satu rakaman program bicarawara radio beliau iaitu “Jutawan! Bersama Irfan Khairi” di Radio24 (93.9FM). Perkara yang disentuh mestilah pasal perniagaan internet…. dah dia jutawan internet, kan? ;)

Untuk keterangan lanjut, boleh lawati blog beliau dengan KLIK DI SINI.

Untuk terus download (format MP3), KLIK DI SINI.

F2R-3

Tag:, ,

Popularity: 5% [?]

Pengajaran dari taktik perniagaan AirAsia

AirAsia.com

Salam semua,

Saya baru sahaja balik dari out-station atas urusan kerja full-time. Tapi bukan pasal itu yang saya nak bagitahu kat sini. Yang saya ingin kongsi di sini ialah apa yang saya dapat belajar daripada penerbangan yang telah saya guna atas urusan itu iaitu AirAsia.com.

Saya telah mula menggunakan penerbangan AirAsia.com sejak tahun 2005 lagi dan semenjak itu, syarikat penerbangan murah Malaysia ini telah berevolusi dengan begitu dahsyat sekali, sehingga mendapat anugerah “Airline Of The Year 2007“!

Saya melihat kekuatan AirAsia.com ini ialah pada strategi mereka yang amat memikat hati pelanggan. Strategi mereka yang utama ialah dengan menawarkan tiket penerbangan pada harga yang amat murah, malah ramai orang hampir tidak mempercayainya pada ketika ia mula-mula dilancarkan.

Yang ke-2, dengan memperkenalkan polisi “Tiada Makanan Luar”, AirAsia.com mampu membuat duit tambahan dengan menjual beberapa jenis makanan dan cenderahati ~ kepada pelanggan sedia ada tu!

Yang ke-3, strategi memberikan peluang pelanggan warga emas & ibu-bapa bersama bayi/kanak-kanak untuk menaiki pesawat terlebih dahulu daripada orang lain. Dengan strategi ini, timbul cabang buat duit yang baru dengan menawarkan peluang untuk menaiki pesawat awal kepada pelanggan yang lain (bersama dengan warga emas & ibu-bapa bersama anak) tetapi dengan sedikit bayaran tambahan!

Yang terbaru, mulai 21 April 2008 ini, semua beg yang didaftarkan (dimasukkan ke bahagian kargo) akan dikenakan bayaran sebanyak RM3 atau RM5. Itu jika tidak melebihi 15kg setiap seorang. Jika lebih, maka bayaran tambahan akan dikenakan mengikut jumlah kg yang lebih.

Moralnya: kita perlu mesti kreatif mencipta peluang buat duit yang baru dengan pelanggan sedia ada kita!

F2R

Tag:, , ,

Popularity: 3% [?]

Usahawan Muda Dimahkota Sebagai Miss USA 2008

Miss USA 2008

Crystle Stewart, seorang usahawan muda berusia 26 tahun telah dimahkotakan sebagai Miss USA 2008 kelmarin. Beliau yang juga seorang model, mempunyai syarikat yang menjalankan program motivasi. Dengan kejayaan tersebut, dia ingin dedikasikan hidupnya kepada hal-ehwal menderma di peringkat antarabangsa.

“Saya ingin memberitahu masyarakat bagaimana untuk mencipta sasaran dalam hidup dan kemudian mencapainya,” katanya kepada wartawan selepas memenangi gelaran tersebut. Dia juga menyatakan bahawa dia tidak sabar untuk menjelajah ke seluruh dunia sambil menyampaikan mesej untuk memperbaiki diri kepada wanita-wanita muda.

Dapatkah anda lihat cara pemikiran seorang usahawan pada Miss USA ini? Beliau tahu cara bagaimana untuk menetapkan matlamat atau sasaran. Kemudian beliau akan berusaha untuk mencapai matlamat/sasaran tersebut.

Satu lagi yang menyentuh hati saya ialah kenyataan beliau yang menyatakan akan mendedikasikan hidupnya untuk menderma di peringkat antarabangsa. Inilah salah satu lagi rahsia yang sememang diguna-pakai oleh ramai jutawan barat tetapi pada saya amat kurang digunakan oleh orang Islam sendiri walaupun telah diajarkan daripada kecil lagi tentang konsep SEDEKAH!

Sumber: Sinar Harian

Tag:, , , , , , ,

Popularity: 5% [?]

« Previous PageNext Page »