Satu Minggu Yg Amat Sibuk
Fuhh… satu minggu ini adlh satu minggu yg amat2 sibuk… sampai nk buat kerja2 online pun x sempat… cuma sempat curi2 masa utk cek emel je (dpt cek je… nk reply x sempat pun). Semuanya bermula apabila RH terpaksa ke KL atas urusan bisnes isteri. Urusan di KL tu memakan masa 2 hari. Sampai di KB dh tengah malam. Besoknya pagi2 lagi RH terima satu SMS dari slh sorang adik lelaki yg bertugas di Perak & kebetulan balik bercuti hujung minggu di KB. SMSnya berbunyi “Utk pengetahuan, Zainuddin suami chesu baru meninggal!”. Terkejut dgn SMS tu, RH terus call mak RH yg berada di kampung. Emak mengesahkan berita dukacita pemergian adik ipar RH itu. Berita ini juga telah tersiar dlm harian Metro pd hari Isnin 11/1/2010 (klik di sini utk membacanya).
Bbrp minit kemudian, adik RH yg menghantar SMS tadi call pulak. Dia mengajak RH pergi ke Dungun utk menuntut jenazah adik ipar RH. Tanpa berfikir pjg, RH terus bersetuju. Dgn bantuan sedara (anak murid arwah ayah RH) dari Jeli, RH bersama abang, adik lelaki, adik perempuan & dua anak lelaki arwah adik ipar terus bertolak ke Dungun pd kira2 pukul 12.30 tengahari. Sampai di Dungun pd kira2 pukul 4.30 ptg, kami terus ke Balai Polis Dungun. Setiba di sana, kami disambut dgn ucapan takziah oleh Sarjan Hudi. Beliau melayan & membantu menyelesaikan semua urusan dgn amat baik sekali. Selesai sahaja urusan di balai polis, kami terus ke Hospital Dungun.
Setibanya di Hospital Dungun pd kira2 pukul 5.30 ptg, kami terus ke bhgn Forensik/bilik mayat. Staf di situ memaklumkan bhw semuanya telah diuruskan (mandi + kafan + sembahyang jenazah) spt mana yg telah dipersetujui. Stlh membuat byrn utk semua urusan tersebut, kami bersedia utk membawa pulang jenazah ke KB. Sedikit mslh timbul apabila pemandu van jenazah tiada kerana dikatakan terpaksa ke KT. Jadi kami terpaksa menunggu pemandu tersebut pulang dr KT sebelum memulakan perjalanan balik ke KB. Stlh menunggu hampir 1 jam setengah, akhirnya pemandu yg ditunggu2 pun tiba. Van jenazah kemudiannya bertolak ke KB selepas maghrib & tiba di KB pada kira2 pukul 11.30 mlm. Jenazah terus dibawa ke perkuburan utk menghormatinya & kekangan masa. Dlm bbrp kemudian pula RH sibuk membantu adik atas pelbagai urusan yg membabitkan arwah suaminya. Setakat hari ni pun ada bbrp perkara lg yg belum selesai tetapi insyaAllah akan diselesaikan pd minggu dpn.
Begitulah secara kasarnya betapa sibuknya RH pd minggu ini. Dgn ini, RH memohon berbanyak maaf kpd semua member F2R, PC F2R & SuperF2R kerana tidak dpt online spt biasa dlm minggu ini. RH akan cuba jwb semua emel terlebih dahulu & kemudiannya barulah jwb PM dlm forum2 F2R, SuperF2R & WC. Hrp semuanya dpt bersabar ya. RH amat2 menghargai sokongan anda semua!
Popularity: 2% [?]





























