Siapa Nak Kad Bisnes Percuma?
Salam semua,
Kelmarin, salah satu benda yang saya tunggu-tunggu telah tiba. Ianya tak lain dan tak bukan ialah kad bisnes percuma! Ya, percuma….
Saya terbaca tentang kad bisness percuma ini dari blog LiewCF ini pada bulan lepas. Walaupun ianya adalah percuma tetapi sebenarnya saya perlu bayar kos penghantaran iaitu USD5.90 (penghantaran pos biasa). Ada disediakan juga alternatif untuk guna DHL express tetapi bayarannya ialah sebanyak USD12.24. Memandangkan ianya bukanlah sesuatu yang diperlukan dengan segera, maka saya pilih pos biasa sahaja.
Seingat saya memang ada laman web dari Malaysia yang menawarkan perkhidmatan seperti ini tetapi cara membuat pesanannya tak lah semudah seperti mana yang terdapat di laman web tersebut. Nak cuba? Sila lawati Ooprint.com. Selamat mencuba!
Tag:business card, free, Internet Business, it news, kad bisnes, liewcf, percumaPopularity: 14% [?]



























