KL Bandaraya Pertama Guna WiMAX?
Satu berita hebat untuk warga KL!
Malaysia mencatatkan satu lagi sejarah apabila Kuala Lumpur menjadi bandar raya pertama di dunia menggunakan teknologi WiMAX 2.3 giga hertz di mana semua warga kota akan menikmati perkhidmatan jalur lebar dengan kelajuan 512 kilobait sesaat, akhir tahun ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ab Hakim Borhan, berkata 3,500 zon Wifi akan dipasang di seluruh ibu negara menjelang tahun depan termasuk kawasan awam, pejabat kerajaan dan swasta, pusat beli-belah serta kawasan perumahan DBKL.
Projek itu juga merangkumi dua projek utama iaitu Portal Metropolitan Kuala Lumpur (kul.com.my) oleh Synapse Technologies Sdn Bhd dan Wireless@KL oleh Packet One Networks (M) Sdn Bhd.
Pelancaran teknologi ini yadirasmikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, bertujuan meningkatkan kadar jalur lebar di seluruh Lembah Klang sebanyak 90 peratus penggunaan menjelang 2010 di bawah inisiatif ‘Klang Valley Broadband Push’ (KVB90).
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Packet One Networks, Michael Lai, berkata pada masa akan datang, lebih banyak pilihan akan ditawarkan termasuk kelajuan penggunaan jalur lebar jika mendapat permintaan tinggi daripada seluruh warga kota.
“Setakat ini, keutamaan diberikan untuk menyediakan jalur lebar di seluruh bandar raya Kuala Lumpur dan semua pengguna boleh menggunakan perkhidmatan ini secara percuma selama dua tahun selepas mendaftar,” katanya.
Warga kota berpeluang menikmati perkhidmatan teknologi canggih ini di mana saja sekitar ibu kota tanpa perlu menggunakan kabel dan wayar menggunakan Internet dengan lebih pantas.
(Sumber: hmetro.com.my)
Tag:internet, Internet Business, kl, Money Matters, wimaxPopularity: 9% [?]



























