Bill Gates Bukan Lagi Orang Terkaya Di Dunia?

Warren Buffet

Ramai yang tahu bahawa sebelum ini Bill Gates (pengasas Microsoft) adalah orang yang terkaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut. Tetapi tahukah anda bahawa sekarang ini, beliau bukan lagi memegang gelaran tersebut? Ya, itulah yang saya dapat tahu melalui Forbes.com.

Jadi siapakah yang telah merampas gelaran tersebut? Tentu ramai yang dapat mengagaknya, kan? Ya, tak lain dan tak bukan, orangnya ialah Warren Buffet!

Warren Buffet berjaya merampas gelaran tersebut setelah harga saham Berkshire Hathaway telah melonjak naik, yang seterusnya juga menyebabkan kekayaannya meningkat kepada US$62 billion, pertambahan sebanyak US$10 billion berbanding tahun sebelumnya!

Adakah Bill Gates berada di nombor dua? Oh, malangnya tidak. Gelaran orang nombor dua terkaya di dunia dipegang oleh Carlos Slim Helu, taiko telekomunikasi dari Mexico. Nilai anggaran kekayaan beliau ialah sebanyak US$60 billion, meningkat US$11 billion berbanding tahun lepas.

Punca utama kejatuhan Bill Gates sekarang ini dikatakan disebabkan oleh kejatuhan saham Microsoft semenjak ia membuat tawaran untuk membeli Yahoo! pada harga US$45 billion.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Forbes.com.

F2R

Tag:, , , , , , , ,

Popularity: 7% [?]

Share and Enjoy:These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • scuttle
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists
  • YahooMyWeb

No Comments

Leave a reply