Pengajaran dari taktik perniagaan AirAsia
Salam semua,
Saya baru sahaja balik dari out-station atas urusan kerja full-time. Tapi bukan pasal itu yang saya nak bagitahu kat sini. Yang saya ingin kongsi di sini ialah apa yang saya dapat belajar daripada penerbangan yang telah saya guna atas urusan itu iaitu AirAsia.com.
Saya telah mula menggunakan penerbangan AirAsia.com sejak tahun 2005 lagi dan semenjak itu, syarikat penerbangan murah Malaysia ini telah berevolusi dengan begitu dahsyat sekali, sehingga mendapat anugerah “Airline Of The Year 2007“!
Saya melihat kekuatan AirAsia.com ini ialah pada strategi mereka yang amat memikat hati pelanggan. Strategi mereka yang utama ialah dengan menawarkan tiket penerbangan pada harga yang amat murah, malah ramai orang hampir tidak mempercayainya pada ketika ia mula-mula dilancarkan.
Yang ke-2, dengan memperkenalkan polisi “Tiada Makanan Luar”, AirAsia.com mampu membuat duit tambahan dengan menjual beberapa jenis makanan dan cenderahati ~ kepada pelanggan sedia ada tu!
Yang ke-3, strategi memberikan peluang pelanggan warga emas & ibu-bapa bersama bayi/kanak-kanak untuk menaiki pesawat terlebih dahulu daripada orang lain. Dengan strategi ini, timbul cabang buat duit yang baru dengan menawarkan peluang untuk menaiki pesawat awal kepada pelanggan yang lain (bersama dengan warga emas & ibu-bapa bersama anak) tetapi dengan sedikit bayaran tambahan!
Yang terbaru, mulai 21 April 2008 ini, semua beg yang didaftarkan (dimasukkan ke bahagian kargo) akan dikenakan bayaran sebanyak RM3 atau RM5. Itu jika tidak melebihi 15kg setiap seorang. Jika lebih, maka bayaran tambahan akan dikenakan mengikut jumlah kg yang lebih.
Moralnya: kita perlu mesti kreatif mencipta peluang buat duit yang baru dengan pelanggan sedia ada kita!
Popularity: 2% [?]



























