Usahawan Muda Dimahkota Sebagai Miss USA 2008
Crystle Stewart, seorang usahawan muda berusia 26 tahun telah dimahkotakan sebagai Miss USA 2008 kelmarin. Beliau yang juga seorang model, mempunyai syarikat yang menjalankan program motivasi. Dengan kejayaan tersebut, dia ingin dedikasikan hidupnya kepada hal-ehwal menderma di peringkat antarabangsa.
“Saya ingin memberitahu masyarakat bagaimana untuk mencipta sasaran dalam hidup dan kemudian mencapainya,” katanya kepada wartawan selepas memenangi gelaran tersebut. Dia juga menyatakan bahawa dia tidak sabar untuk menjelajah ke seluruh dunia sambil menyampaikan mesej untuk memperbaiki diri kepada wanita-wanita muda.
Dapatkah anda lihat cara pemikiran seorang usahawan pada Miss USA ini? Beliau tahu cara bagaimana untuk menetapkan matlamat atau sasaran. Kemudian beliau akan berusaha untuk mencapai matlamat/sasaran tersebut.
Satu lagi yang menyentuh hati saya ialah kenyataan beliau yang menyatakan akan mendedikasikan hidupnya untuk menderma di peringkat antarabangsa. Inilah salah satu lagi rahsia yang sememang diguna-pakai oleh ramai jutawan barat tetapi pada saya amat kurang digunakan oleh orang Islam sendiri walaupun telah diajarkan daripada kecil lagi tentang konsep SEDEKAH!
Sumber: Sinar Harian
Tag:derma, f2r, matlamat, miss USA 2008, muda, ringgithit, sasaran, usahawanPopularity: 5% [?]


























